Khamis, 12 Ogos 2010

Salam Menyambut Ramadhan

Saya Mohd Fairulnizam Mustajab ingin mengucap Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak kepada seluruh umat muslimin dan muslimat. Dan saya ingin memohon keampunan atas kekurangan diri kepada sesiapa yang berkenaan sekiranya ada ketelanjuran kata @ perbuatan. Semoga kita semua diberkati pada Ramadhan kali ini.

Rabu, 28 Julai 2010

KITAR SEMULA

Tak boleh dilakukan @ malas melakukan, padahal ia boleh mengurangkan belanja apatah lg mengurangkan pemanasan global.

REUSE
RECYCLE

Jumaat, 25 Jun 2010

Kelapa




Kelapa (bahasa Inggeris: coconut, tulisan Cina 椰) atau juga dikenali sebagi nyiur adalah tumbuhan saka, tempoh ekonomi adalah melebihi 25 tahun. Pokoknya boleh mencapai ketinggian 6 hingga 30 meter bergantung kepada variasi. Ia didapati di semua kawasan tropika. Keseluruhan pokok kelapa dapat dimanfaatkan kepada pelbagai guna.

Jenis-jenis terdiri daripada West African Tall, Malayan Tall, Mawa (Kelapa Rendah Malaya + Kelapa Tinggi Afrika Barat), Malayan Red Dwarf, Malayan Yellow Dwarf, Mataq (Kelapa Rendah Malaya + Kelapa Tagnanan), dan Pandan.

Kegunaan pelbagai bahagian kelapa termasuk:

• batang kelapa boleh dibuat titi serta bahan pembinaan untuk rumah seperti papan, dinding dan lantai
• daun kelapa boleh dibuat pembalut makanan
• lidi kelapa boleh dibuat penyapu
• sabut kelapa boleh dibuat tali
• tempurung kelapa boleh diproses menjadi ubat nyamuk dan barangan kraftangan
• serbuk sabut boleh dibuat bahan reput dan kompos dalam pertanian
• minyaknya sebagai minyak masak, minyak pelita dan sabun
• buah kelapa – air boleh diminum, isinya yang lembut boleh dimakan, buahnya yang muda juga boleh dikukus, dipanggang dan direbus.

Isnin, 14 Jun 2010