Khamis, 31 Disember 2009

Engkau marahkan TEMBIKAI BUSUK?

Suatu hari seorang ahli sufi terkenal, Syaqiq al-Balkhi membelikan sebiji tembikai untuk isterinya. Si isteri begitu gembira menerima tembikai tersebut, malangnya apabila buah itu dibelah, isinya didapati tidak elok. Isteri Syaqiq mula marah2 kerana tidak mendapat sebiji tembikai ranum, enak dan elok seperti diharapkannya.
"Kepada siapa engkau tujukan marahmu itu?" tanya Syaqiq, "Adakah kepada si penjual, atau si pembeli, atau penanamnya, atau Pencipta buah tembikai ini?"
Isteri ahli sufi itu terdiam. "Wahai isteriku," sambung Syaqiq, "Ketahuilah, si penjual itu tentu ingin agar barangan jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Si pembeli lebih2 lagi, tentu ingin yang terbaik saja. Manakala si penanam, kalau mampu tentu dia ingin agar hasil tanamannya mengeluarkan hasil yang baik juga.
"Kini nyatalah bahawa marahmu itu ditujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertakwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuanNya."

SeLaMaT TaHuN BaRu 2010

Selasa, 22 Disember 2009

1Purnama

Hampir sepurnama aku tak update...byk kerja @ takde kelapangan @ ketandusan...terlalu banyak benda aku nak kongsi dan ini yang aku dulukan buat masa ini.....BUNGA.....



lemon balm




habbatus sauda




setanduk

Rabu, 25 November 2009

Selamat Hari Lahir


Genap setahun umur anak keduaku...Nur Niisreena Danisha

Selasa, 24 November 2009

KELIRU

Keliru
ditepian simpang ini sejenak aku terhenti
terbayanglah bagaimana pengembaraan ku bermula
ku tingalkan segala yang kusayang dan cinta
hanya untuk mencari satu identiti diri yng murni

setelah tejerat dalam dilema aku mengerti
bagaimana sukarnya mengenal diri sendiri
hanyutlah aku dalam arus hidup yang tak menentu
maka timbul kesedaran yang aku selama ini keliru

kupandukan cahayamu dari mu ilahi
aku bersujud mohon doa mohon rahmat memohon restu mu
kau senangkanlah mudahkanlah perjalanan hidup ku
selama ini aku terpedaya dan keliru

BATU

Batu

Lalalalalla..
Lalalalalalalla..
Lalalla..

Lalalalalla..
Lalalalalalalla..
Lalalla..

Sudah menjadi resmi manusia
Ingin hidup seribu tahun lagi
Seperti batu-batu setulus putih hati
Melihat kurniaan Tuhan

Lihat batu-batu di iringan jalan
Lanjang disinari dan dibasahi hujan
Terbiar detik pagi tangisan mengiringi
Lihat anak kecil hadiri sampai akhir nanti

Batu sayang kau tak boleh berkata
Semuanya kau lihat walaukau tak bermata
Dari mula dunia engkau dicipta
Hingga akhir dunia engkau kekal jua

Batu sayang kau tak boleh berkata
Semuanya kau lihat walau tak bermata
Dari mula dunia engkau dicipta
Hingga akhir dunia engkau kekal jua

Khamis, 1 Oktober 2009

Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan...

Assalammualaikum...dan salam sejahtera buat semua. Ini merupakan tindakan aku yang sepatutnya aku buat sejak dulu lagi...tapi disebabkan pelbagai alasan yang aku sendiri cipta dan sifat M***S telah menguasai aku, maka sekarang terbinalah blog yang aku rasa sangat simple dan senang untuk aku luah atau tulis isi kandungannya.... lagipun dah ramai member buka dan baca blog...dan ini masanya aku akan melakukan perubahan yang drastik...aku akan cari member-member aku yang lama dan baru...blog ini juga akan aku gunakan untuk mencari bahan koleksi aku...