Khamis, 31 Disember 2009

Engkau marahkan TEMBIKAI BUSUK?

Suatu hari seorang ahli sufi terkenal, Syaqiq al-Balkhi membelikan sebiji tembikai untuk isterinya. Si isteri begitu gembira menerima tembikai tersebut, malangnya apabila buah itu dibelah, isinya didapati tidak elok. Isteri Syaqiq mula marah2 kerana tidak mendapat sebiji tembikai ranum, enak dan elok seperti diharapkannya.
"Kepada siapa engkau tujukan marahmu itu?" tanya Syaqiq, "Adakah kepada si penjual, atau si pembeli, atau penanamnya, atau Pencipta buah tembikai ini?"
Isteri ahli sufi itu terdiam. "Wahai isteriku," sambung Syaqiq, "Ketahuilah, si penjual itu tentu ingin agar barangan jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Si pembeli lebih2 lagi, tentu ingin yang terbaik saja. Manakala si penanam, kalau mampu tentu dia ingin agar hasil tanamannya mengeluarkan hasil yang baik juga.
"Kini nyatalah bahawa marahmu itu ditujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertakwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuanNya."

SeLaMaT TaHuN BaRu 2010

Selasa, 22 Disember 2009

1Purnama

Hampir sepurnama aku tak update...byk kerja @ takde kelapangan @ ketandusan...terlalu banyak benda aku nak kongsi dan ini yang aku dulukan buat masa ini.....BUNGA.....



lemon balm




habbatus sauda




setanduk