Isnin, 4 Januari 2010

APAKAH HABBATUS SAUDA'?



TUMBUHAN KECIL YANG SANGAT BESAR MENFAATNYA

Habbatus Sauda' ataupun nama saintifiknya Nigella Sativa, adalah sejenis tumbuhan rerumput kecil yang berbunga secara tahunan. Ia bukanlah satu tumbuhan yang besar yang memerlukan penjagaan yang extensive. Hanya saja Habbatus Sauda' tidak tumbuh dalam iklim tropika seperti di Malaysia. Ini bermakna Habbatus Sauda' terpaksa diimpot untuk pasaran tempatan. Asalnya tumbuh meliar di negara-negara sekitar Mediterranean dan negara-negara Tenggara Asia. Kemudian ia ditanam secara meluas di Afrika Utara terutama Mesir, di selatan Eropah, di Syria dan sedikit di Asia Tengah seperti Iran dan India. Bagi iklim yang sesuai, ia sangat senang di tanam di laman rumah atau di tepi-tepi jalan.

Ia dipanggil dengan berbagai nama, antaranya:
Black Cummin, Black Seed, Caraway, Love-in-the-mist (English), Jintan Hitam (Malaysia dan Indonesia), Habbatul Barakah (Mesir), Schwarzkummel (German), kalonji (Hindi), Kezah (Hebrew), Charnushka (Russian), çörek otu (Turki), dan lain-lain lagi.

Habbatus Sauda' ini walaupun pohonnya kecil sahaja tapi mempunyai menfaat yang besar kepada manusia. Ia tumbuh dengan ketinggian sekitar 20 hingga 50 sentimeter (separas betis sahaja) dan berdaun halus dengan kedudukan daun bertentangan. Batangnya berwarna hijau, bulat, berbulu dengan ukuran garis lintang sekitar 2 hingga 5 milimeter. Jarak diantara dahan adalah sekitar 2 hingga 5 sentimeter dan bercabang di atas.

Habbatus Sauda' dianggap sebagai phytotherapeutic ( herba perawatan / perubatan ). Walau bagaimanapun bukan semua jenis species boleh digunakan untuk perubatan. Terdapat berbagai species Habbatus Sauda'di berbagai negara, antara yang masyhur ialah seperti berikut:

1. Nigella Arvensis
Biji-bijian nya adalah lebih kecil berbanding dengan species lain dan tidak digunakan untuk tujuan perubatan.

2. Nigella Damascena
Yang tersebar luas dan tidak digunakan bagi tujuan perubatan. Ia digunakan dalam landscaping dan pokok hiasan yang cantik bunganya.

3. Nigella Sativa
Jenis yang digunakan untuk tujuan perubatan. Mempunyai biji yang bersaiz lebih besar dan kadar minyak yang lebih tinggi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan