Isnin, 4 Januari 2010

HABBATUS SAUDA’

Habbatul barakah ~ The seed of blessing

Hadith Sahih berkenaan Habbatus Sauda

Diriwayatkan dari Aisyah ra, beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya Al-Habbatus Sauda’ boleh menyembuh segala penyakit kecuali Al-Sam”. Aku bertanya. “Apakah Al-Sam itu? Baginda menjawab, “Al-Sam itu ialah maut” Riwayat Imam Bukhari.

Daripada Buraidah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:
“Pada Habbatus Sauda’ terdapat ubat segala penyakit kecuali mati”.
Riwayat Abu Nu’aim dalam kitab Al-Tibb dalam himpunan hadith-hadith sahih no. 1819.

Daripada Abu Hurairah, beliau pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
“Pada Habbatus Sauda’ terdapat ubat bagi segala jenis penyakit kecuali Al-Sam yakni maut”.
Riwayat Bukhari (10:118-119) ; Muslim (7:25) ; Ibnu Majah (2:342) ; Tarmizi (2:3 pada edisi BulaQ) ; dan Ahmad (2:241) menerusi riwayat Sufyan bin ‘Uyainah daripada Al-Zuhri dan Abu Salamah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan